Aktiviti

Posted in Riadah, Uncategorized

Digger site

Rayn meminati kenderaan seperti cement mixer, excavator, grabber, boom lift, concrete pump dan sebagainya. Dan tema term 3 di sekolah adalah mengenai kenderaan. Apabila terlihat di lelaman facebook, kami rasa pasti Rayn akan terpegun bila melihat mesin-mesin kebal itu nanti. DIGGER SITE kita datang! Tempatnya bersebelahan dengan Long Beach East Cost Park. Kerana kami tiada kenderaan, pada kami tempat ini susah untuk dituju. 

Harga: $7 – 5 minit (tapi kami rasa lebih kurang 7-8 minit) 1 token

              $18 – 15 minit 3 token

              $50 – 50 minit 10 token (kad bertempoh 2 bulan)

Dari wajah Rayn, boleh nampak kesungguhnya. Ada bakat untuk jadi operator. Ada 4 jenis kenderaan kebal untuk anda dan anak anda mencuba. Dan di setiap stesen ada cabaran untuk anda menguji kemahiran. 

Kita sempat untuk mencuba keempat-empat jenis. Nasib kami baik kerana tak ramai pada waktu itu tapi kerana panas terik kami hanya menghadkan Rayn untuk mecuba empat kali sahaja. Staf-staf disitu sungguh ramah. Mereka akan mengajar anda sebelum anda memulakan operasi.

Lihat gambar di bawa pasti anak anda akan terpegun seperti Rayn. 

Riadah ini dapat mengasah konsentarasi, motor halus, koordinasi mata dan tangan. 

Kongsi bersama saya, apakah riadah yang menarik yang anda lakukan dihujung minggu.

Posted in eksperimen, Uncategorized

Eksperimen deria – hidung

Rayn di berikan eksperimen untuk menghidu berbagai esen. 

Saya mendapatkan beberapa esen buah-buahan dan meletakkan beberapa titik ke dalam kapas dan meletaknya di dalam cawan pakai buang. 

Anda juga boleh mengunakan tempat letak lada sulah dan garam. Gunakan apa sahaja bekas yang anda ada di rumah. 

Tutupkan dengan kertas aluminium dan cucukan beberapa lubang. Setiap esen saya membuat dua sampel untuk di hidu. 

Saya juga melekatkan warna pelekat untuk menandakan esen sampel yang sama.

Pecubaan yang pertama Rayn mendapat dua sampel betul. Percubaan yang kedua disertai oleh ibu saya dan Rayn sendiri, tentu sekali kesemua sampel di teka dengan tepat. 

Saya mengrekod kedua-dua analisa.

Kebaikan aktiviti ini mengajar si kecil bagaimana untuk meneroka deria yang mereka ada untuk harian kehidupan mereka. Jika anda ingin lebih informasi, baca petikan di bawa. 

Kenapa permainan deria penting untuk kanak-kanak sekolah