Posted in eksperimen, Uncategorized

Eksperimen deria – hidung

Rayn di berikan eksperimen untuk menghidu berbagai esen. 

Saya mendapatkan beberapa esen buah-buahan dan meletakkan beberapa titik ke dalam kapas dan meletaknya di dalam cawan pakai buang. 

Anda juga boleh mengunakan tempat letak lada sulah dan garam. Gunakan apa sahaja bekas yang anda ada di rumah. 

Tutupkan dengan kertas aluminium dan cucukan beberapa lubang. Setiap esen saya membuat dua sampel untuk di hidu. 

Saya juga melekatkan warna pelekat untuk menandakan esen sampel yang sama.

Pecubaan yang pertama Rayn mendapat dua sampel betul. Percubaan yang kedua disertai oleh ibu saya dan Rayn sendiri, tentu sekali kesemua sampel di teka dengan tepat. 

Saya mengrekod kedua-dua analisa.

Kebaikan aktiviti ini mengajar si kecil bagaimana untuk meneroka deria yang mereka ada untuk harian kehidupan mereka. Jika anda ingin lebih informasi, baca petikan di bawa. 

Kenapa permainan deria penting untuk kanak-kanak sekolah

Author:

Hidayah Hussen ialah ibu kepada seorang anak teruna yang pintar, comel, aktif dan sikap ingin tahu. Pengalaman berkerja sebagai pustakawan di sekolah kerajaan, perpustakan national Singapura dan sekolah awam selama 9 tahun. Dari pengalaman yang timba, untuk membangunkan minat kanak-kanak untuk membaca, orang dewasa harus pandai mengandingkan aktivi yang unik bersama buku cerita yang dibacakan, contohnya, kraft, muzik dan banyak lagi. Blog ini akan berkongsi berbagai aktivi yang boleh di lakukan bersama si kecil yang aktif. Selamat membaca. Jangan lupa untuk berkongsikan idea anda dan juga komen-komen anda sangat dihargai.

Leave a comment